Thursday, July 29, 2010

OBJEKTIF

1. Meningkatkan prestasi pelajaran sains dan seterusnya meningkatkan peratus kelulusan murid dalam peperiksaan PKSR dan UPSR.

2. Meningkatkan penguasaan Kemahiran berfikir dan Kemahiran proses sains (memerhati, membuat inferens, mengawal pembolehubah, mentafsir maklumat, mengeksperimen, meramal, membuat hipotesis) melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, amali-amali sains dan aktiviti-aktiviti tahunan yang telah diatur.

3. Mempelbagaikan teknik pengajaran sains dan aktiviti-aktiviti tahunan agar murid berminat mempelajari mata pelajaran sains dan memperkembangkan idea bagi mencungkil idea-idea yang kreatif, kritis dan analitis.

4. Menanam nilai-nilai murni melalui pengajaran pembelajaran agar murid-murid memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri dan alam sekeliling.

5. Mempelbagaikan kaedah pengajaran pembelajaran dengan penggunaan ICT bagi membantu mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains

6. Mendorong minat murid ke arah pembelajaran sains yang berkaitan dengan kehidupan seharian, alam sekeliling dan mudah untuk dipelajari.

7. Mendorong minat murid-murid mempelajari sains dalam bahasa Inggeris dengan penuh minat dan bersifat ingin mencuba sesuatu yang baru.

No comments:

Post a Comment